
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Selangor
Shah Alam, 7 Disember 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Zainuddin Yaakob mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinj...
Shah Alam, 7 Disember 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Zainuddin Yaakob mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi bertemu dan menyampaikan amanat kepada warga kerja JSJK Selangor di Auditorium, Menara 1, di sini, hari ini.
Kunjungan beliau yang disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin itu merupakan lawatan pertamanya ke IPK Selangor sejak menjawat jawatan sebagai Pengarah JSJK pada 10 Ogos lalu.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Arjunaidi Mohamed dan barisan ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan.
Sumber: Polis Selangor
CP Dato' Zainuddin bin Yaacob, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman menyampaikan amanat di Auditorium, Menara !, IPK Selangor.
CP Dato' Zainuddin bin Yaacob, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman menandatangani buku melawat di pejabat Ketua Polis Selangor.
DCP Dato' Tan Chong Jin, Komandan Maktab PDRM, Kuala Lumpur menandatangani buku melawat di pejabat Ketua Polis Selangor.
CP Dato' Noor Azam bin Jamaludin, Ketua Polis Selangor menyampaikan cenderahati kepada CP Dato' Zainuddin bin Yaacob, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.
CP Dato' Noor Azam bin Jamaludin, Ketua Polis Selangor menyampaikan cenderahati kepada DCP Dato' Tan Chong Jin, Komandan Maktab PDRM, Kuala Lumpur.
CP Dato' Noor Azam bin Jamaludin, Ketua Polis Selangor menyampaikan sumbangan berupa buku kepada DCP Dato' Tan Chong Jin, Komandan Maktab PDRM, Kuala Lumpur untuk kegunaan Maktab PDRM Kuala Lumpur.