Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sarjan Norihan Berlinang Air Mata Jumpa Rakan Batalion

Diterbitkan: 07 Dec 2020 1.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 7 Disember 2020 – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, tidak sabar untuk meneruskan operasi di lapangan selain tidak sedikit pun meluahkan rasa kesal dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia–Thailand di Padang Besar, Perlis, 23 November lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sarjan-norihan-berlinang-air-mata-jumpa-rakan-batalion
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:58 MYT
Georgetown, 7 Disember 2020 – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, tidak sabar untuk meneruskan operasi di lapangan selain tidak sedikit pun meluahkan rasa kesal dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia–Thailand di Padang Besar, Perlis, 23 November lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Rosman Kasman berkata, kepulangan Sarjan Norihan ke Kem Batalion 3 PGA, Bidor, Perak disambut dengan penuh meriah pada Majlis Menyambut Kepulangan Wira Negara di lobi bangunan Ibu Pejabat itu tengah hari semalam.

“Dia (Sarjan Norihan) kelihatan ceria sewaktu berjumpa dengan pegawai dan rakan seperjuangannya. Ketika dia berjumpa dengan saya tadi (semalam), kelihatan air matanya berlinang apabila kepulangannya disambut sebagai wira negara Orang Asli.
“Dia begitu bersemangat menceritakan tentang kejadian pada malam itu dan berharap segera sembuh untuk bersama-sama rakan seperjuangan meneruskan operasi seterusnya.

“Dia tidak sedikitpun mengatakan kekesalannya atas kejadian tersebut malah lebih bersemangat meneruskan kecemerlangan Senoi Praaq khasnya Batalion 3 PGA,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Superintendan Rosman memberitahu Sarjan Norihan akan menjalani rawatan susulan di Hospital Teluk Intan, Perak memandangkan masih terdapat dua butir peluru pada tulang belakang dan tubuhnya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber:
Image may contain: one or more people, people standing and text
 
 
ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2020 1.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM