Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Hulu Selangor

Published: 09 May 2024 1.38 PM Updated: 15 Aug 2026 8.14 PM
Hulu Selangor, 9 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-adakan-lawatan-kerja-ke-ipd-hulu-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:13 MYT
Hulu Selangor, 9 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan sebelum dibawa menandatangani buku pelawat di Balai Polis Kuala Kubu Bharu.
Lawatan tersebut bertujuan memantau tahap kesiapsiagaan para petugas sempena Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N.06 Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.

Dato’ Sri Kamarudin turut ditaklimatkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim mengenai kekuatan petugas Polis Diraja Malaysia dan aset-aset yang akan digunakan semasa PRK nanti.

Hadir sama, DCP Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Yusof Mamat, SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC M.V. Srikumar Madhavan Nair, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Selangor dan para pegawai kanan IPD Hulu Selangor.

ArticlePublished 09 May 2024 1.38 PMUpdated 15 Aug 2026 8.14 PM