Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dsa Natsec Asia 2024 Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Ke Reruai Pameran

Diterbitkan: 09 May 2024 2.12 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.14 PM
Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan lawatan ke reruai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2024-timbalan-kpn-teruskan-lawatan-ke-reruai-pameran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:38 MYT
Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan lawatan ke reruai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Pada hari terakhir pameran yang diadakan, Dato’ Sri Ayob Khan tidak melepaskan peluang menyaksikan beberapa lagi ruang pameran tempatan mahupun luar negara bagi melihat dengan lebih dekat pelbagai teknologi persenjataan ketenteraaan dan kepolisan moden serta pelbagai lagi aset canggih yang mencuri perhatian para pengunjung yang hadir.

Antara ruangan pameran yang dilawati beliau tadi adalah reruai pasukan sahabat iaitu Tentera Darat Malaysia selain melihat produk hasil pembuatan tempatan seperti kenderaan perisai daripada Mildef International Technologies dan DRB-HICOM Defence Technologies (DEFTECH) Sdn. Bhd.
Beliau turut tidak ketinggalan mengunjungi beberapa reruai pameran daripada firma antarabangsa antaranya United Arab Emirates National Pavilion, Edge Group, Otokar Global dan Hatsan Arms Company serta Türkish Aerospace Industries.

Turut mengiringi dalam lawatan tersebut, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy bersama Superintendan Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, Superintendan Loh Pey Pey.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Dsa Natsec Asia 2024 Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Ke Reruai Pameran
 
Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan lawatan ke reruai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 09 May 2024 2.12 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.14 PM