Artikel
Video Tular Rompakan Berkumpulan Dengan Menyamar Sebagai Polis
"Pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kes samun dengan menyamar sebagai anggota Polis pada 2 Mei 2024 daripada seorang wanita berumur 22 tah...
"Pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kes samun dengan menyamar sebagai anggota Polis pada 2 Mei 2024 daripada seorang wanita berumur 22 tahun."
"Hasil siasatan mendapati, pada hari kejadian pengadu bersama teman lelaki (mangsa) berada di sebuah restoran di Bandar Kuantan telah didatangi tiga orang lelaki (suspek) tidak dikenali menaiki kereta Perodua Bezza. Suspek memperkenalkan diri sebagai polis dan terus menarik mangsa masuk ke dalam kereta."
"Mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM18 Ribu Ringgit Malaysia. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan serta menyamar sebagai penjawat awam."
