
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Hulu Selangor
Hulu Selangor, 9 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din hari ini telah mengadakan...
Hulu Selangor, 9 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan sebelum dibawa menandatangani buku pelawat di Balai Polis Kuala Kubu Bharu.
Dato’ Sri Kamarudin turut ditaklimatkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim mengenai kekuatan petugas Polis Diraja Malaysia dan aset-aset yang akan digunakan semasa PRK nanti.
Hadir sama, DCP Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Yusof Mamat, SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC M.V. Srikumar Madhavan Nair, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Selangor dan para pegawai kanan IPD Hulu Selangor.