Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Polis Tumpas Cubaan Seludup Hidupan Liar

Published: 06 Apr 2022 11.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan telah merampas tujuh ekor hidupan liar spesis Burung Macaw ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan milik persendirian di Jalan Kota Bharu menghala ke Gua Musang pada 2 April yang lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-operasi-bersepadu-khazanah-polis-tumpas-cubaan-seludup-hidupan-liar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:17 MYT
Kuala Krai, 6 April 2022 - Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan telah merampas tujuh ekor hidupan liar spesis Burung Macaw ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan milik persendirian di Jalan Kota Bharu menghala ke Gua Musang pada 2 April yang lalu.

Rampasan dilakukan susulan pemilik kenderaan gagal mempamerkan dokumen penyimpanan hidupan liar tersebut daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan untuk tindakan dan siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

ArticlePublished 06 Apr 2022 11.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM