
Artikel
Update Penghantar Makanan Ditahan Cabul Dua Wanita Di Cyberjaya
Bertindak atas aduan kes cabul yang diterima daripada dua wanita masing-masing berumur 27 tahun dan 34 tahun di kawasan parkir pusat komersial berkenaan sekita...
Sepang, 6 April 2022 - Polis hari ini menahan seorang khidmat penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, di sini, petang semalam.
Bertindak atas aduan kes cabul yang diterima daripada dua wanita masing-masing berumur 27 tahun dan 34 tahun di kawasan parkir pusat komersial berkenaan sekitar 2 petang semalam itu, polis melakukan semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu suspek.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis berjaya menahan lelaki tempatan berusia 20 tahun itu di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini, pada kira-kira 12.50 tengah hari tadi.
"Dia mengaku terlibat dalam kes yang disiasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan kerana mencabul.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA