
Artikel
Posting Pilihan Suami Isteri Dalang Bawa Masuk 10 Pati Ditahan
Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit pelbagai jenama dan sebua...
Kluang, 6 April 2022 - Suami isteri warga tempatan disyaki dalang kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), di sini dan mengenakan RM2,700 untuk setiap migran dari Indonesia yang mahu masuk secara haram.
Pasangan berusia 38 dan 47 tahun itu dipercayai sudah beroperasi secara aktif sejak tiga bulan lalu namun, kegiatan licik mereka terbongkar selepas ditahan bersama 10 PATI di tepi Jalan Tebing Kiri Sungai Sanglang, Pontian, pada 7.30 pagi, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah Perodua Alza dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM27,000.
"Pasukan bersama Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menahan dua warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai 'transporter'.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1 )(c) Akta Imigresen.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat penyeludupan untuk menyalurkan ke talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik / Gerakan Batalion 5 PGA.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../suami-isteri-dalang-bawa...
Sumber: Harian Metro dan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam Johor Malaysia



