
Artikel
POSTING PILIHAN: JABATAN PENGURUSAN ANJUR LATIHAN MENEMBAK BERSAMA JPA
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan latihan menembak bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat...
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan latihan menembak bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, kelmarin.
Latihan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Ramli Haji Din dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Objektif latihan tersebut diadakan adalah bagi mempertingkatkan penguasaan dan pengetahuan penggunaan senjata api, selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai PDRM dan JPA.
Hadir sama, Komandan PULAPOL KL, SAC Dato' Shamsudin Mat, barisan Timbalan Pengarah Pengurusan dan para pegawai kanan PDRM dan JPA.