Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kenyataan Media Kejadian Kebakaran Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipd Belaga Sarawak 14 Disember 2020

Diterbitkan: 14 Dec 2020 9.00 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.22 PM
1. Pada 14 Disember 2020, satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah bangunan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Belaga dan Balai Polis Belaga telah berlaku sekitar jam 1.00 tengah hari.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-kejadian-kebakaran-bangunan-ibu-pejabat-polis-daerah-ipd-belaga-sarawak-14-disember-2020
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
 
1. Pada 14 Disember 2020, satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah bangunan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Belaga dan Balai Polis Belaga telah berlaku sekitar jam 1.00 tengah hari.

2. Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada lintar pintas dan telah memusnahkan keseluruhan bangunan 2 tingkat balai polis tersebut.

3. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa semasa kejadian dilaporkan, termasuk dua orang tahanan di lokap telah berjaya diselamatkan.

4. Usaha memadam api telah dijalankan dengan kerjasama bersama pihak Sukarelawan Bomba dan setakat ini, jumlah kerugian kebakaran masih belum dapat dipastikan.

5. Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Bomba Cawangan Bintulu bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian kebakaran tersebut.

6. Bagi menjamin ketenteraman awam dan keselamatan kepada masyarakat setempat, pihak IPD Belaga akan meneruskan perkhidmatan di fasilliti sementara yang akan disediakan dalam tempoh terdekat.

7. Tambahan daripada itu, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak juga akan menyediakan unjuran keperluan termasuk peralatan pejabat dan pejabat sementara kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman bagi membolehkan IPD Belaga beroperasi secepat mungkin.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
PUTRAJAYA


Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2020 9.00 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.22 PM