Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Ntf Diteruskan Meskipun Selepas Covid 19 Berakhir

Diterbitkan: 15 Dec 2020 1.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Disember 2020 - Penugasan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan diteruskan dan diperluaskan meskipun selepas pandemik COVID-19 berakhir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-ntf-diteruskan-meskipun-selepas-covid-19-berakhir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:38 MYT
Kuala Lumpur, 15 Disember 2020 - Penugasan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan diteruskan dan diperluaskan meskipun selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Affendi Buang TUDM berkata, NTF telah membuktikan keupayaannya dalam mengekang kemasukan migran di sempadan negara secara berkesan dalam tempoh COVID-19.

"Banyak kejayaan yang diperoleh NTF dalam mengekang kemasukan migran dan NTF dalam tempoh COVID-19 juga digunakan untuk siap-siaga ancaman-ancaman lain yang bakal timbul.

"Selain itu, NTF mempunyai modul-modul operasi yang menampakkan kejayaan berkesan dari segi aspek kawalan kemasukan migran, penyeludupan dan penguatkuasaan di sempadan negara," katanya.

Mengulas mengenai rondaan bersepadu di sempadan negara, Tan Sri Affendi berkata, ATM bersama agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas di sempadan negara mengikut sektor tertentu yang ditetapkan.

Beliau berkata, sepanjang tujuh bulan pelaksanaan Op Benteng, pihaknya berjaya menahan seramai 9,677 migran, 831 tekong darat dan laut serta 374 penyeludup.
“Hasil daripada penahanan dan tangkapan ini, kami telah dapat mengumpulkan barang rampasan yang keseluruhannya bernilai sehingga RM199 juta," katanya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2020 1.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM