Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sungguhpun polis wanita hanya merupakan 10.8% (11,479 orang) daripada jumlah pegawai polis seramai 106,530 orang, akan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa bidang tugas polis, didapati p..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-wanita-aset-penting-kepada-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:50 MYT
Bukit Aman - 4 Mac 2011

"Sesungguhnya polis wanita amat menghargai dan terhutang budi kepada YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas keprihatinan beliau untuk memperaku dan seterusnya memberi sumbangan serta bantuan khas bagi perlaksanaan aktiviti-aktiviti polis wanita sehinggakan Program Pementoran Polis Wanita dapat direalisasikan sehingga siri yang ke-5", ucap YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Polis Wanita PDRM di Majlis Penutupan Kursus Pementoran Polis Wanita Siri 5/2011 yang berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman sebentar tadi.

Menurut beliau, Program Pementoran Polis Wanita ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika kepada mentee pegawai selari dengan Arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005, iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

Sungguhpun polis wanita hanya merupakan 10.8% (11,479 orang) daripada jumlah pegawai polis seramai 106,530 orang, akan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa bidang tugas polis, didapati polis wanita lebih mahir dan sesuai melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan. Perkembangan, kedudukan dan pembangunan polis wanita dalam Pasukan juga tidak pernah diabai malah polis wanita adalah merupakan satu daripada agenda utama di bawah kepimpinan YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar dan kebolehan polis wanita dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sentiasa diyakini oleh YDH Tan Sri. Polis wanita bukan sahaja mempamerkan kualiti kerja yang amat cemerlang, malah berupaya dalam melaksanakan tugas dengan amat mengagumkan.

Pelaksanaan Program Pementoran Polis Wanita ini dapat memberi peluang kepada polis wanita untuk memiliki kelebihan persaingan yang mantap serta menggalakkan amalan pembelajaran berterusan di samping mengurus modal insan secara efektif dan menyeluruh tanpa mengabaikan elemen psikologi dan kemanusiaan.

Di akhir ucapan, YDH Dato' Robiah binti Abd Ghani juga melahirkan rasa yakin dan percaya bahawa kursus pementoran ini telah pun mencapai objektifnya dalam membentuk polis wanita yang progresif, dinamik dan responsif bagi menggerakkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan masyarakat, disamping memperkukuhkan semangat setia kawan dan kerjasama padu di kalangan polis wanita melalui perkongsian pengalaman, pendapat dan pengetahuan.

Majlis Penutupan Kursus Pementoran Polis Wanita Siri 5/2011 turut diserikan dengan kehadiran oleh YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md Ismail, Timb. Pengarah I, Jabatan Logistik, Y.Bhg Puan Wan Hasmah binti Wan Mohd, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia serta penyertaan oleh 68 orang pegawai kanan wanita dalam program tersebut.

Polis Wanita Aset Penting Kepada PdrmYDH Pengarah Pengurusan beramah mesra dengan Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia

Polis Wanita Aset Penting Kepada PdrmYDH Pengarah Pengurusan dan YDH Timbalan Pengarah I Logistik menyambut ketibaan Y.Bhg Puan Wan Hasmah binti Wan Mohd, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita

Polis Wanita Aset Penting Kepada PdrmDari kiri.. Y.Bhg Puan Wan Hasmah binti Wan Mohd, YDH Dato' Robiah binti Abd Ghani, Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim dan YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail

Polis Wanita Aset Penting Kepada PdrmAntara peserta Kursus Pementoran Siri 5/2011 yang hadir petang ini..

Polis Wanita Aset Penting Kepada PdrmUcapan perasmian penutupan oleh YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM

Polis Wanita Aset Penting Kepada PdrmBergambar kenangan di lobi Menara 1..

Gambar penyampaian cenderahati dan sijil kepada peserta Pementoran Siri 5/2011..

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Polis Wanita Aset Penting Kepada Pdrm

Wartawan : L/kpl Noorazima binti Zakaria & Kons Norliza binti Basrah
Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM