Artikel
Amanat Dig Penugasan Pilihan Raya Kecil Di Kerdau
'Bermula dari hari penamaan calon sehingga hari penjumlahan undi, pegawai dan anggota hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku',...
Temerloh, 4 Mac 2011 - Kawasan Pilihan Raya N.28 Kerdau berkeluasan 273.27 km persegi terletak dalam Parlimen P.087 Kuala Krau. Secara geografinya Parlimen ini berada dalam daerah Temerloh dan sebahagian kecilnya di daerah Maran (Jengka 22 dan 23).
Pilihan raya kecil diadakan ekoran kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang kematian wakil rakyatnya, Dato' Zaharuddin bin Abu Kassim (64 tahun) pada 12 Februari 2011. Penugasan pilihan raya kecil sudah masuk hari-hari akhir pembuangan undi yang akan diadakan pada 6 Mac 2011.

"Bermula dari hari penamaan calon sehingga hari penjumlahan undi, pegawai dan anggota hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku", ucapan YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara semasa menyampaikan amanat kepada petugas-petugas Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau.
Dalam amanatnya, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara berharap penugasan kali ini hendaklah teratur tanpa ada gangguan, halangan atau kekecohan antara parti-parti yang bertanding di pilihan raya ini.
Semangat yang jitu ditunjukkan dari kalangan pegawai dan anggota PDRM, memberi kekuatan dan keyakinan yang tinggi dalam PDRM membuktikan penugasan kali ini cukup bersedia menghadapi apa jua rintangan yang dihadapi. Disamping itu, kehadiran YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail di Martek DUN Kerdau menaikkan lagi semangat setiap anggota di sini. Amanat yang disampaikan cukup memberi impak yang dalam bagi anggota yang membuat penugasan pilihan raya kali ini.
"Tujuan saya datang ke sini adalah untuk melihat dari segi moral, persediaan fizikal, persediaan peraturan tugas serta strategi penugasan, kalau semua berjalan dengan lancar dan dengan komitmen tiap-tiap petugas, kita mampu untuk melaksanakan tugas dengan jayanya", akhiri amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Sehubungan itu juga, taklimat pilihanraya disampaikan oleh YDH Pegawai Pemerintah Medan yang juga Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nor bin Hj. Mansor di bilik mesyuarat MARTEK Polis Diraja Malaysia. Tujuan taklimat adalah untuk merancang strategi pengurusan sumber manusia dan logistik khasnya tugas-tugas kepolisan menghadapi pilihan raya. Taklimat tersebut terdiri daripada skop-skop pembahagian tugas dan perancangan penugasan mengikut 6 fasa daripada hari penamaan calon sehingga hari penjumlahan undi. Fasa ditekankan ialah :-
i. sebelum penamaan calonii. penamaan calon
iii. tempoh berkempen
iv. tamat tempoh berkempen
v. waktu penjumlahan undi
vi. pasca pilihan raya
Penugasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau terdiri daripada pegawai dan anggota dari pelbagai formasi, cawangan dan unit lain-lain negeri dan daerah sekitar pantai timur dengan kekuatan seramai 2,154 dan dibahagi kepada 3 Zon (A, B dan C).
Dalam pada itu, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail bersama pegawai dan anggota sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, Rumpun Makmur, Kerdau sebelum beliau menyampaikan amanatnya.
Turut hadir di majlis tersebut YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Komersial, YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rashid, Timb. Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB) KDN/KA, YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang, YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, pegawai-pegawai kanan serta anggota polis.
Ketibaan YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara ke Martek PDRM N.28 DUN Kerdau, Temerloh, Pahang.
Antara pegawai-pegawai yang menyambut ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Selesai menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid As-Syakirin, Kg. Rumpun Makmur...YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA berjumpa YB Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang kebetulan turut menunaikan solat jumaat di situ.
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail bersalaman dengan YB Datuk Seri Shafie bin Apdal setelah selesai menunaikan solat Jumaat
Beramah mesra bersama penduduk-penduduk di Masjid As-Syakirin
Anggota-anggota PDRM makan tengahari di Martek PDRM Kerdau setelah selesai menunaikan solat Jumaat
Bersemangat...Pegawai dan anggota di Dewan Serbaguna Martek PDRM, menunggu amanat yang akan disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Timbalan Ketua Polis Negara di majlis bersama petugas-petugas Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau
Amanat oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail kepada petugas-petugas Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau
Antara petugas-petugas Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau, mendengar amanat yang disampaikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Mesra...YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersalaman dengan petugas-petugas Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau di Martek PDRM, Kerdau selepas menyampaikan amanat
YDH Timbalan Ketua Polis Negara meluangkan masa berjumpa dengan semua petugas-petugas...
Bertanyakan penugasan yang dijalankan semasa Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau
Pegawai Pemerintah Medan yang juga Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nor bin Hj. Mansor menyampaikan Taklimat Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara di Bilik Mesyuarat, Martek PDRM
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bertanyakan kekuatan keseluruhan pegawai dan anggota yang bertugas untuk Pilihan Raya Kecil N.28 Kerdau kepada Pegawai Pemerintah Medan

Sidang Akhbar oleh YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani, Ketua Polis PahangMarkas Taktikal (MARTEK) PDRM terletak berhampiran Sungai Kuala Krau
Kenderaan-kenderaan PDRM, siap siaga disusun berhampiran Martek PDRM
Wartawan : L/Kpl Muhamad Lokmanul Hakim bin S. Nor
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan