Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Temui Barang Kemas Kes Samun Di Selayang Baru

Published: 17 Jun 2014 2.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tujuh lelaki dan dua wanita yang ditahan dalam dua serbuan itu berumur dalam lingkungan 20-an. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata serbuan pertama pada 19 Feb lepas di sebuah ruma..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-temui-barang-kemas-kes-samun-di-selayang-baru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT

Kuala Lumpur, 28 Feb - Polis menemui semula sejumlah barang kemas yang disamun di sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru di sini Isnin lepas berikutan penahanan sembilan suspek rakyat tempatan di sekitar Gombak, di sini.

Tujuh lelaki dan dua wanita yang ditahan dalam dua serbuan itu berumur dalam lingkungan 20-an. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata serbuan pertama pada 19 Feb lepas di sebuah rumah di Kampung Laksamana, Batu Caves menyaksikan penangkapan tujuh suspek lelaki.

Dua suspek wanita itu pula ditahan dalam operasi susulan pada hari dan lokasi sama. "Tiga daripada suspek itu dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kejadian samun tersebut," kata Thaiveegan kepada pemberita hari ini. Hasil serbuan yang dilakukan, polis menemui sejumlah barang kemas di rumah itu selain dua topi keledar, pakaian dengan tulisan Damansara Ulu-Klang Expressway (DUKE), sebuah motosikal jenis Kawasaki dan surat pajak gadai.

"Polis percaya suspek memajak beberapa barang kemas di kedai pajak gadai sebelum membeli motosikal," katanya. Dalam kejadian 18 Feb lepas, dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM250,000 dari kedai itu. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM