Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kanak Kanak 12 Tahun Yang Dilapor Hilang Di Bukit Mertajam D

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, di sini itu ditemui pada pukul 10 pagi ini dalam keadaan sihat...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kanak-kanak-12-tahun-yang-dilapor-hilang-di-bukit-mertajam-d
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:27 MYT

Bukit Mertajam, 28 Feb - Kanak-kanak lelaki Mohamad Daniel Haiqal Mohd Desa, 12, yang dilapor hilang dari rumah bapa saudaranya di Flat Desa Wawasan, Bukit Mertajam, di sini sejak 24 Feb ditemui di sebuah kafe siber di Seberang Jaya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, di sini itu ditemui pada pukul 10 pagi ini dalam keadaan sihat.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam yang memaklumkan melihat kanak-kanak itu di sebuah kafe siber di Seberang Jaya. "Selepas mendapat panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu, anggota polis pergi ke kafe siber berkenaan dan mendapati kanak-kanak itu berada di situ dan membawa dia balik ke Ibu Pejabat Polis SPT," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata menurut Mohamad Haiqal, sebaik melarikan diri dari rumah bapa saudaranya itu dia ke rumah ibu kandungnya di Taman Semilang dan mendapati kediaman itu berkunci serta tiada orang.

"Selepas mendapati rumah ibunya berkunci, kanak-kanak itu tidak tahu mahu ke mana sebelum mengambil keputusan menumpang di Masjid Seberang Jaya, dekat sini," katanya. Azman berkata jemaah yang simpati dengan Mohamad Haiqal memberikan makanan kepadanya sepanjang dia berada di masjid itu.

Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa pulang oleh bapa saudaranya Mohd Farizan Tajudin pada pukul 11 pagi ini. Rabu lepas, akhbar melaporkan bapa saudara Mohamad Daniel membuat laporan polis berhubung kehilangannya apabila kanak-kanak itu tidak pulang dan gagal dikesan sejak pukul 9.30 pagi Ahad. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM