Polis Tahan Tiga Lelaki Rampas 1 500 Pil Eramin 5
Kulaijaya, 21 Jun - Polis Johor berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran
dadah berikutan penahanan tiga lelaki dan merampas 1,500 pil Eramin 5
bernilai RM25,000 di Jalan Setia, Taman Mas, di sini, dua hari lepas.
Ketua
Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata ketiga-tiga suspek
berumur antara 30 dan 39 tahun itu ditahan ketika menaiki kereta jenis NissanFrontier, pada kira-kira 7.30 malam.
"Polis
memeriksa kenderaan terbabit dan menemui 1,500 pil tersebut di dalam
satu beg kertas yang diletakkan di atas alas kaki bahagian pemandu,"
katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Zulkefly berkata pil tersebut dipercayai untuk edaran pasaran tempatan dan dijual pada harga RM15 sebiji.
Beliau
berkata kesemua suspek mendakwa bekerja secara sambilan dalam bidang
pembinaan dengan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau
berkaitan penyalahgunaan dadah.
Kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Sumber - BERNAMA