Pasukan Polis Marin Gagalkan Cubaan 15 Warga Asing Masuki Sa
Semporna, 21 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan 15 warga asing, 11 daripadanya wanita, daripada memasuki negara ini secara haram awal pagi Khamis.
Pemangku
Komander PPM Wilayah Sabah DSP Husaini Zainal Abidin berkata kesemua
warga asing yang menaiki 'pump boat' itu ditahan di kawasan perairan Labuan Haji, kira-kira 12.30 pagi selepas bot mereka diperiksa anggota PPM.
"Semasa
bot ronda PSC 9, dengan lima anggota menjalankan operasi di kawasan
perairan Labuan Haji, mereka terserempak dengan sebuah 'pump boat' dalam
perjalanan masuk ke Semporna.
"Hasil
pemeriksaan mendapati 11 wanita berumur 20 hingga 33 tahun bersama
empat lelaki,termasuk dua juragan berumur antara 23 dan 38 tahun, tidak
memiliki sebarang dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan di
sini hari ini.
Siasatan
awal mendapati kesemua tahanan berasal dari negara jiran dan mereka
kini ditahan di Balai Polis Semporna untuk siasatan.
Sumber - BERNAMA