Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Dadah Di Pahang Tumpas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pada 20 Jun 2013 lebih kurang jam 0120 hrs, satu serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Maran diketuai Insp Rudy Sriawan bin Razali telah berjaya menahan se..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-di-pahang-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

Pada 20 Jun 2013 lebih kurang jam 0120 hrs, satu serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Maran diketuai Insp Rudy Sriawan bin Razali telah berjaya menahan seorang lelaki melayu yang berada di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira SE berwarna maroon di hadapan sebuah rumah di Jengka 4, Maran, Pahang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Hasil siasatan, bekalan dadah tersebut diedarkan di sekitar Jengka dan Maran. Harga pasaran dadah Syabu 5.5 gram yang dirampas bernilai RM 1,800.00 dan harga runcit (berbentuk peket plastic kecil 0.01 gram ) bernilai RM5,500.00 untuk kegunaan 550 penagih tempatan. Harga pasaran dadah heroin, 2.042 kg yang dirampas bernilai RM72,000.00 dan harga runcit (berbentuk peket 0.05 gram) bernilai RM408,200.00 untuk kegunaan 40,820 penagih tempatan. Lelaki yang ditangkap berumur 36 tahun berasal daripada negeri Pahang dan tiada pekerjaan. Selain dadah, kereta terbabit dan sebuah telefon bimbit turut dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Kenyataan Media:
Superintendan Yap Toon Khuan,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang
21 Jun 2013, Bilik Media IPK Pahang

Pada 20 Jun 2013 lebih kurang jam 0120 hrs, satu serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Maran diketuai Insp Rudy Sriawan bin Razali telah berjaya menahan seorang lelaki melayu yang berada di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira SE berwarna maroon di hadapan sebuah rumah di Jengka 4, Maran, Pahang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Dalam pemeriksaan, suspek telah menyerahkan kepada pengadu satu paket plastic lut sinar yang diambil daripada poket tepi pintu bahagian pemandu yang disyaki dadah jenis syabu seberat 5.5 gram. Dengan disaksikan suspek, pengadu telah membuat pemeriksaan seluruh kenderaan tersebut. Hasilnya pengadu telah menemui empat bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi empat plastic lut sinar berisi serbuk / ketulan yang disyaki dadah jenis heroin dan satu bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi tiga peket plastik lut sinar pelbagai saiz berbagai serbuk / ketulan yang disyaki dadah jenis heroin di dalam bonet belakang kenderaan tersebut. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ialah 2.042 kilogram heroin dan 5.5 gram syabu.

Lelaki yang ditangkap berumur 36 tahun berasal daripada negeri Pahang dan tiada pekerjaan. Selain dadah, kereta terbabit dan sebuah telefon bimbit turut dirampas.

Hasil siasatan, bekalan dadah tersebut diedarkan di sekitar Jengka dan Maran. Harga pasaran dadah Syabu 5.5 gram yang dirampas bernilai RM 1,800.00 dan harga runcit (berbentuk peket plastic kecil 0.01 gram ) bernilai RM5,500.00 untuk kegunaan 550 penagih tempatan. Harga pasaran dadah heroin, 2.042 kg yang dirampas bernilai RM72,000.00 dan harga runcit (berbentuk peket 0.05 gram) bernilai RM408,200.00 untuk kegunaan 40,820 penagih tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Suspek kini ditahan reman di lokap IPD Maran selama seminggu bagi tujuan siasatan.

Sindiket Dadah Di Pahang Tumpas

Sumber : Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Pahang

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM