Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Suspek 10 Kes Samun Dan Ragut Di Bayan Lepas

Published: 14 Oct 2017 7.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
GEORGE TOWN, 14 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kegiatan samun dan ragut di sekitar daerah Timur Laut ditahan polis di rumahnya di Bayan Lepas, dekat sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suspek-10-kes-samun-dan-ragut-di-bayan-lepas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:59 MYT

POLIS TAHAN SUSPEK 10 KES SAMUN DAN RAGUT DI BAYAN LEPAS

GEORGE TOWN, 14 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam beberapa kegiatan samun dan ragut di sekitar daerah Timur Laut  ditahan polis di rumahnya di Bayan Lepas, dekat sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Izwan Abdul Karim berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lepas, polis menyerbu rumah lelaki berusia 25 tahun itu dan menahan suspek yang merupakan penganggur dan mempunyai rekod jenayah.

"Polis turut merampas motosikal dan pelbagai peralatan yang digunakan suspek dalam kegiatan berkenaan seperti pisau, spanar dan pemutar skru. Polis turut merampas beberapa barangan antaranya beg tangan, beg duit, powerbank dan telefon bimbit ," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 10 kes ragut dan samun termasuk yang terbaru pada 1 Okt lepas ke atas seorang wanita 54 tahun berhampiran sebuah hotel di Sungai Dua, di sini membabitkan kerugian RM3,700.

Dalam perkembangan lain, Izwan berkata polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun atas dakwaan merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu yang baru dikenalinya menerusi laman sosial Wechat, di sini semalam untuk siasatan.

-- BERNAMA

ArticlePublished 14 Oct 2017 7.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM