Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Pamer Semangat Sambut Hari Sukan Negara 2017

Diterbitkan: 14 Oct 2017 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bota, 14 Oktober 2017 – Selari dengan seruan kerajaan yang mengisytiharkan setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai Hari Sukan Negara, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan sambutan tersebut di setiap kontinjen dan formasi secara serentak, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-pamer-semangat-sambut-hari-sukan-negara-2017
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:04 MYT

PDRM PAMER SEMANGAT SAMBUT HARI SUKAN NEGARA 2017

Bota, 14 Oktober 2017 – Selari dengan seruan kerajaan yang mengisytiharkan setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai Hari Sukan Negara, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan sambutan tersebut di setiap kontinjen dan formasi secara serentak, pagi tadi.

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan, dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan pertunjukan menarik seperti kayuhan basikal, sepak raga ratus, tarik tali, aksi payung terjun Paratroopers 69 Komando dan ziarah kasih di sekitar kawasan kampung.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan beliau menyatakan, melalui gerak kerja Majlis Sukan PDRM, pelbagai aktiviti kesukanan dilaksanakan mengikut perancangan yang dijadualkan di dalam takwim sukan PDRM.

Usaha ini dibuat agar lebih ramai atlet-atlet sukan PDRM dapat dilahirkan serta digilap untuk lebih berdaya saing di persada sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tambah beliau, bagi menyahut hasrat dan objektif Hari Sukan Negara, saya menyeru agar aktiviti bersukan ini tidak hanya dilakukan pada hari ini sahaja, tetapi terus dijalankan secara konsisten dan berpanjangan kerana ianya memberi manfaat kepada kesihatan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Parit, Dato’ Hj Mohd Zaim Hj Abu Hasan, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), SAC Sharul Othman Mansor, Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Hasnan Hassan, warga PDRM dan masyarakat kampung.

Sekitar lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.
Sekitar lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Aksi payung terjun Paratroopers 69 Komando sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM..
Aksi payung terjun Paratroopers 69 Komando sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM.

Sekitar pelepasan Fun Ride sejauh 25 kilometer sempena program Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM..
Sekitar pelepasan Fun Ride sejauh 25 kilometer sempena program Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM.

Sekitar acara Sepak Raga Ratus berlangsung di Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM.
Sekitar acara Sepak Raga Ratus berlangsung di Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM.

Antara rakan media yang sedang menjalankan tugas sempena Sambutan Hari Sukan Negara peringkat PDRM.
Antara rakan media yang sedang menjalankan tugas sempena Sambutan Hari Sukan Negara peringkat PDRM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan di Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan di Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama.

Sekitar ziarah kasih Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di kawasan kampung Lambor Kanan
Sekitar ziarah kasih Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di kawasan kampung Lambor Kanan.

Sekitar pelepasan Jogathon sempena program Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM..
Sekitar pelepasan Jogathon sempena program Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM.

Sekitar senamrobik sempena Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM berlangsung.
Sekitar senamrobik sempena Hari Sukan Negara 2017 peringkat PDRM berlangsung.

Sekitar program Sambutan Hari Sukan Negara peringkat PDRM berlangsung..
Sekitar program Sambutan Hari Sukan Negara peringkat PDRM berlangsung.
ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2017 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM