Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2017

Diterbitkan: 15 Oct 2017 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2017 – Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2017 telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab di padang bola sepak, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penutupan-kejohanan-bola-sepak-piala-ketua-polis-negara-2017
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT

PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA POLIS NEGARA 2017

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2017 – Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2017 telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab di padang bola sepak, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.

CP Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab dalam ucapannya menyatakan Majlis Sukan PDRM tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan sukan bagi memantapkan lagi Pasukan Bola Sepak PDRM ‘The Cops’ melalui pemilihan bakat baru dalam Kejohanan Bola Sepak Piala KPN.

Beliau juga menyeru agar setiap pasukan mempergiatkan lagi usaha untuk memberikan persembahan yang lebih baik dalam kejohanan akan datang agar standard dan prestij Pasukan Bola Sepak PDRM dapat dipertingkatkan.

Usaha-usaha ini adalah amat perlu dilakukan ke arah melestarikan kejayaan-kejayaan yang ingin dicapai seiring dengan matlamat mengharumkan nama pasukan di arena sukan tempatan mahupun antarabangsa.

Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini dan berbekalkan jaringan dua gol berbalas satu gol, Pasukan PULAPOL Kuala Lumpur berjaya menewaskan Pasukan Bukit Aman sekaligus menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala KPN 2017.

Turut hadir menyaksikan kejohanan, Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Wira Chuah Ghee Lye, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Zaini Jass, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat, warga PDRM dan para penyokong kedua-dua pasukan.

Ketibaan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab.
Ketibaan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab.

Persembahan dari Pasukan Pancaragam Pulapol Kuala Lumpur.
Persembahan dari Pasukan Pancaragam Pulapol Kuala Lumpur.

Sekitar Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala KPN 2017.
Sekitar Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala KPN 2017.

Sekitar perlawanan bola sepak piala KPN berlangsung.
Sekitar perlawanan bola sepak piala KPN berlangsung.

Sekitar perlawanan bola sepak piala KPN berlangsung. (2)
Sekitar perlawanan bola sepak piala KPN berlangsung.

Antara penyokong-penyokong yang hadir memeriahkan kejohanan.
Antara penyokong-penyokong yang hadir memeriahkan kejohanan.


Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab bersama pasukan Pulapol Kuala Lumpur meraikan kemenangan.
Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab bersama pasukan Pulapol Kuala Lumpur meraikan kemenangan.

Bergambar kenangan
Bergambar kenangan.

Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan
ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2017 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM