Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Miliki Pistol

Published: 03 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, bekas banduan berusia 37 tahun itu ditahan awal pagi Selasa lepas hasil maklumat orang awam berhubung kehadiran sebuah kereta yang mencurigakan berhampiran tokong Cina di kawasan itu kira-kira pukul 4 pagi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-miliki-pistol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:18 MYT

Bukit Mertajam, 3 Sept - Polis menahan seorang pembantu penternak ikan sangkar dan merampas sepucuk pistol bersama empat peluru hidup di Taman Bukit Minyak, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata, bekas banduan berusia 37 tahun itu ditahan awal pagi Selasa lepas hasil maklumat orang awam berhubung kehadiran sebuah kereta yang mencurigakan berhampiran tokong Cina di kawasan itu kira-kira pukul 4 pagi.

"Seorang lelaki dilihat melarikan diri dan bersembunyi di bawah pokok di tepi tokong Cina itu apabila melihat kehadiran polis dan berlaku pergelutan ketika polis cuba menahan lelaki terbabit," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk revolver .38 bersama peluru yang diselit di pinggang lelaki terbabit.

Rusli berkata, lelaki terbabit dipenjarakan atas kesalahan memiliki dua senjata api dan dibebaskan pada 29 April lepas.

- BERNAMA

ArticlePublished 03 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM