Polis berjaya menumpaskan satu kumpulan penyamun, Geng Nai Segar yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Shah Alam sejak tiga bulan lalu selepas berjaya memberkas ketuanya baru-baru ini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang Sabtu lalu itu, ketua geng terbabit yang dikenali sebagai Segar, 25, ditangkap di Kampung Baru Hicom, Shah Alam bersama beberapa barangan samun seperti kad bank, kad prabayar dan kad Touch'n Go yang disamun di sebuah premis perniagaan di Seksyen 20.
Ekoran penahanan lelaki tersebut, polis berjaya memberkas tiga lagi individu yang merupakan ahli Geng Nai Segar berusia antara 19 hingga 25 tahun.
Sumber : Kosmo