Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Pengedar Dadah

Diterbitkan: 19 Jun 2016 1.18 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Kuantan, 19 Jun - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di Jalan Haji Ahmad di sini awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-dipercayai-pengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:03 MYT


Kuantan, 19 Jun - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di Jalan Haji Ahmad di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu suspek berumur 39 tahun yang memandu kereta Chevrolet Cruze dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum dihampiri anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk pemeriksaan.

"Suspek yang terkejut kehadiran anggota polis tiba-tiba membuka pintu dan mencampakkan sesuatu ke tayar kiri belakang sebelum polis merampas objek berkenaan untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis menemui 10 biji pil ecstacy di dalam paket plastik berwarna merah dan syabu dengan nilai kesemuanya hampir RM1,000.

Abdul Aziz berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing.

Siasatan awal mendapati suspek yang positif dadah didapati memperoleh bekalan dadah itu dari negeri jiran sebelum diedarkan kepada penagih tegar di sekitar bandar ini.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu di Kompleks Tahanan Reman di Indera Mahkota di sini untuk siasatan lanjut.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2016 1.18 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM