Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Mercun Bunga Api Bernilai Rm150 Ribu

Diterbitkan: 19 Jun 2016 1.25 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Kuala Nerang, 19 Jun - Polis merampas sejumlah mercun dan bunga api bernilai RM150,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Pong, Jalan Padang Sanai di sini, pada 16 Jun lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-mercun-bunga-api-bernilai-rm150-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:27 MYT


Kuala Nerang, 19 Jun - Polis merampas sejumlah mercun dan bunga api bernilai RM150,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Pong, Jalan Padang Sanai di sini, pada 16 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam serbuan pasukan Polis Gerakan Am (PGA) Batalion 7 (Briged Tenggara) kira-kira 12.15 tengah malam itu, polis turut menahan lima lelaki berusia 25 hingga 50 tahun dan merampas wang tunai sebanyak RM20,790 dan 31,000 Baht.

"Hasil pemeriksaan, polis menemukan sejumlah mercun dan bunga api yang siap dibungkus dalam kotak dan guni di balkoni rumah milik seorang suspek berumur 49 tahun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Polis juga merampas sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero yang menggunakan
nombor pendaftaran palsu di sebuah rumah lain, tidak jauh dari tempat serbuan, yang digunakan untuk mengangkut mercun dan bunga api itu.

Ahmad Nasir berkata siasatan mendapati suspek mengaku menggunakan lorong
tikus di sempadan Durian Burung untuk menyeludup masuk mercun dan bunga api
sebelum diletakkan di rumah itu bagi tujuan simpanan dan bungkusan.

Jarak rumah suspek dengan sempadan Malaysia-Thailand adalah kira-kira 4 kilometer yang memudahkan mereka menyeludup masuk mercun dan bunga api dalam kuantiti kecil.

Menurutnya siasatan mendapati mercun dan bunga api itu adalah untuk pasaran di negeri-negeri utara Malaysia.

"Suspek boleh memperoleh keuntungan kira-kira lima kali ganda daripada penjualan mercun dan bunga api ini," katanya.

Kesemua suspek itu, yang tidak mempunyai rekod lampau, direman empat hari dari 17 Jun hingga 20 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2016 1.25 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM