Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Pemilik Makmal Dadah

Published: 16 Jun 2014 3.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki makmal memproses dadah sintatik di kawasan Jelutong di sini Isnin lepas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-dipercayai-pemilik-makmal-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:43 MYT
GEORGE TOWN, 2 Februari 2011 (Bernama)

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki makmal memproses dadah sintatik di kawasan Jelutong di sini Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Abdul Halim Bulat berkata bertindak atas risikan Jabatan Siasatan Jenayah Nakortik, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika dipercayai sedang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sebuah premis di Jalan Jelutong.

Katanya setelah membuat pemeriksaan, polis menemui 12 paket plastik lutsinar yang mengandungi 60 gram dadah jenis heroin dan serbuk warna merah yang disyaki dadah jenis ecstasy seberat 250 gram.

Beliau berkata nilai rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM10,000 dan lelaki itu dipercayai menjalankan kegiatannya secara bersendirian.

"Lelaki itu kemudiannya membawa anggota polis ke rumahnya di sebuah rumah pangsa di Jalan Jelutong dan polis kemudiannya menemui 12 kotak yang mengandungi 300 botol berisi cecair kimia dipercayai untuk memproses dadah serta perkakasan memproses seperti alat pemampat besi membuat pil, penimbang dan tong gas," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Abdul Halim berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai 14 rekod jenayah termasuk kes melibatkan dadah.

Katanya polis percaya lelaki itu menjalankan kegiatan kecil-kecilan untuk pasaran dadah bagi kawasan Jelutong.

Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM