Artikel
Polis Tahan Warga Emas Edar 1 300 Pil Eramin 5
Polis merampas 1,300 pil eramin 5 bernilai lebih RM19,000 daripada seorang warga emas yang ditahan di Jalan Pantai-Kuala Kurau, Kerian..
Polis merampas 1,300 pil eramin 5 bernilai
lebih RM19,000 daripada seorang warga emas yang ditahan di Jalan
Pantai-Kuala Kurau, Kerian Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada 2 pagi oleh sepasukan anggota polis Jabatan Narkotik hasil maklumat dan risikan.
Polis menemui satu bungkus plastik hitam mengandungi 200 biji pil eramin 5 di dalam bakul motosikalnya yang diberhentikan di tepi jalan, katanya ketika dihubungi isnin.
Hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan membawa penemuan 1,100 biji pil eramin yang dibungkus di dalam bekas plastik berwarna ungu di dapur rumah lelaki itu di Jalan Pantai.
Beliau berkata hasil air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan juga mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah lampau membabitkan dadah.
Lelaki itu direman seminggu dan dan akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis juga mengesyaki lelaki berkenaan telah mengedar pil berkenaan sejak setahun lalu untuk pasaran di kawasan Kerian, katanya.
Kata Mat Fauzi pil tersebut boleh menampung penagih antara 200 hingga 300 orang dengan harga di pasaran sebiji RM15.