Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tujuh Anggota Geng Mad Kaus Buru Saki Baki

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai anggota sebuah kumpulan jenayah 'Geng Mad Kaus' yang terlibat dalam 22 kes pecah rumah serta tiga kes curi motosikal dalam tempoh tiga bulan lepas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tujuh-anggota-geng-mad-kaus-buru-saki-baki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:17 MYT
MELAKA, 1 Februari (Bernama)

Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai anggota sebuah kumpulan jenayah "Geng Mad Kaus" yang terlibat dalam 22 kes pecah rumah serta tiga kes curi motosikal dalam tempoh tiga bulan lepas di sini, dan sedang berusaha memburu saki baki anggota geng itu.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata tujuh suspek yang berumur antara 25 dan 28 itu ditahan di sekitar Bandar Hilir dan Taman Pokok Mangga di sini, antara 17 dan 19 Januari lalu.

"Dua lelaki bersama seorang wanita ditahan di kawasan Bandar Hilir di sini pada 17 Januari lepas, dan dua hari kemudian lima lagi suspek ditahan di Taman Pokok Mangga," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, pada Selasa.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya dibebaskan kerana siasatan mendapati beliau tiada kaitan dengan kumpulan tersebut, dan menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 475 Kanun Keseksaan.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi talian Rakan Cop di 03-21159999 atau IPK Melaka dengan menelefon 06-2854222 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM