Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Bersama Mercun

Published: 16 Jun 2014 1.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek polis menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM5,000..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-bersama-mercun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:13 MYT

KUANTAN, 26 Ogos 2010 -- Polis Pahang menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang disimpannya di dua lokasi berasingan di sini, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Kuantan, DSP Kamaruddin Jaafar berkata tangkapan itu dijalankan hasil intipan pihak polis terhadap suspek yang berusia 52 tahun itu.

Katanya suspek ditahan di dalam sebuah kereta jenis Honda yang dinaikinya bersendirian pada pukul 1 petang semalam di sebuah lokasi di sini yang enggan didedahkan Kamaruddin.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek polis menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM5,000," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, susulan daripada tangkapan itu polis telah memeriksa rumah sewa suspek di Taman Datuk Rashid di sini kira-kira pukul 10.50 malam tadi yang menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM10,000.

ArticlePublished 16 Jun 2014 1.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM