Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Bangladesh Didakwa Cabul Anak Majikan

Diterbitkan: 21 Dec 2016 6.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan seorang tukang gunting warga Bangladesh yang didakwa mencabul anak majikannya berumur lima tahun di Sungai Rengit, Pengerang di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-bangladesh-didakwa-cabul-anak-majikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:31 MYT
Kota Tinggi, 21 Disember 2016 - Polis menahan seorang tukang gunting warga Bangladesh yang didakwa mencabul anak majikannya berumur lima tahun di Sungai Rengit, Pengerang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata tangkapan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada kira-kira 12.50 malam Isnin lepas.

Tanpa menyatakan jantina kanak-kanak itu, katanya ibu kanak-kanak itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika anaknya ditinggalkan bersama suspek berusia 30 tahun itu di kedai miliknya pada kira-kira 3 petang.

Kanak-kanak itu telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan pakar, katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Rahmat berkata suspek direman selama 14 hari untuk siasatan termasuk gagal
mempamerkan dokumen perjalanan diri. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2016 6.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM