Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penjenamaan Semula Dewan Banquet Pulapol Kl

Diterbitkan: 21 Dec 2016 12.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Dewan Banquet Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL hari ini secara rasminya dinamakan sebagai Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenamaan-semula-dewan-banquet-pulapol-kl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:43 MYT

Kuala Lumpur, 21 Disember 2016- Dewan Banquet Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL hari ini secara rasminya dinamakan sebagai Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, di sini, petang tadi.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bagi menaiktaraf kegunaan dan kesediaannya bagi menempatkan majlis-majlis rasmi PDRM seiring dengan nama barunya.

Komandan PULAPOL KL, Dato’ Zahari Hj.Mohd Yusuff dalam ucapan aluannya menyifatkan penjenamaan ini adalah sebagai salah satu penghargaan dan penghormatan terhadap Ketua Polis Negara dengan mengabadikan nama peneraju tertinggi kepimpinan PDRM.

Dalam pada yang masa yang sama, Dato’ Zahari Hj. Mohd Yusuff berkata, pemeliharaan beberapa aset serta kelengkapan lama milik PDRM merupakan sebahagian inisiatif untuk tatapan generasi yang akan datang.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pengarah Pengurusan, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj.Mohd Shariff, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Dato’ Abd Manan Mhd Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Dato’ Mahamad Akhir Darus, barisan pegawai kanan dan warga PDRM.

Penjenamaan Semula Dewan Banquet Pulapol Kl
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar 

Penjenamaan Semula Dewan Banquet Pulapol Kl
Komandan PULAPOL KL, Dato’ Zahari Hj.Mohd Yusuff ketika menyampaikan ucapan aluannya

Penjenamaan Semula Dewan Banquet Pulapol Kl
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani plak simbolik perasmian  Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar menggantikan nama asal Dewan Banquet, PULAPOL KL

Penjenamaan Semula Dewan Banquet Pulapol Kl
Sekitar Majlis Penjenamaan Dewan Banquet, PULAPOL KL

ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2016 12.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM