Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Lebih 60 000 Biji Pil Kuda

Published: 18 Jun 2014 6.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kota Bahru, 11 Dis - Polis Kelantan percaya dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Kelantan dan Terengganu berikutan penangkapan empat lelaki serta merampas lebih 60,000 biji pil kuda dengan a..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-lelaki-rampas-lebih-60-000-biji-pil-kuda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:56 MYT

Kota Bahru, 11 Dis - Polis Kelantan percaya dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Kelantan dan Terengganu berikutan penangkapan empat lelaki serta merampas lebih 60,000 biji pil kuda dengan anggaran nilai pasaran RM1.5 juta.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri DSP Mit A/L Emong berkata empat lelaki itu ditahan di sebuah kedai tayar dan sport rim di Jalan Cherang, Kampung Bayam, di sini pada 5 Dis lepas bersama 200 biji pil disyaki dadah jenis pil kuda dalam timbunan tayar di kedai berkenaan.

Hasil siasatan terhadap empat suspek berumur antara 23 dan 29 tahun itu, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah Honda Jazz yang diparkir di hadapan sebuah rumah sewa di Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Lundang, di sini dan menemui 30 bungkusan yang dibalut menggunakan surat khabar.

Setelah diperiksa, bungkusan itu didapati berisi 60,000 biji pil disyaki dadah jenis pil kuda dengan anggaran nilai pasaran RM1.5 juta, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis, katanya, turut menyita lima buah kenderaan pelbagai jenis yang bernilai kira-kira RM200,000.

Mit berkata bekalan dadah itu dipercayai dari negara jiran untuk dipasarkan di Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata polis percaya empat suspek tersebut daripada kumpulan sama yang ditahan pada 2 Dis lepas melibatkan lima lelaki dan dua perempuan.

Kumpulan itu, katanya, dipercayai dianggotai kira-kira 30 orang dan polis telah mengenal pasti baki anggota kumpulan terbabit.

Beliau berkata setakat ini 11 anggota kumpulan itu, termasuk dua wanita, telah ditahan dan membabitkan nilai rampasan kira-kira RM3 juta. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM