26 Jentera Berat Dirampas Lima Ditahan
Operasi
Cantas Lejang Polis Temerloh bersama gabungan pasukan 'Task Force'
Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang dan IPD Temerloh membuahkan hasil
apabila berjaya memberkas empat lelaki melayu dan seorang lelaki Cina
bagi membantu siasatan kes kecurian jentera berat.
Siasatan
ke atas tangkapan telah membawa kepada kejayaan merampas 26 jentera
berat terdiri daripada 23 Back Hoe jenis Case, dua jenis JCB dan sebuah
excavator. Kesemua jentera dianggarkan bernilai RM2.6 juta.
Berikutan
penangkapan itu, pihak polis berjaya melumpuhkan kumpulan yang
mengeluarkan dokumen-dokumen kenderaan palsu seperti geran dan cukai
jalan. Beberapa peralatan dan dokumen palsu turut dirampas.
Dengan
tertumpasnya kumpulan terbabit, pihak polis berjaya menyelesaikan 20
kes kecurian jentera berat yang dilaporkan di beberapa negeri iaitu
Pahang dua kes, Selangor sembilan kes, Johor lima kes, Kuala Lumpur tiga
kes dan Perak satu kes. Manakala baki enam buah jentera tidak dapat
dipastikan berikutan 'usikan teruk' pada nombor enjin dan casis.
Siasatan juga mendapati kumpulan terbabit terlibat dalam tiga kes samun di Kajang, Selangor.
Semasa
sidang media pagi tadi, Dato' Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang
menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis
bagi membendung dan membanteras jenayah khususnya di Pahang.
