Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembilan Warga Vietnam Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Sembilan warga Vietnam serta seorang lelaki tempatan ditahan dipercayai terbabit dalam 13 kes pecah masuk kilang dan samun sepanjang tahun ini dalam tiga tangkapan berasingan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembilan-warga-vietnam-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:44 MYT

Sembilan warga Vietnam serta seorang lelaki tempatan ditahan dipercayai terbabit dalam 13 kes pecah masuk kilang dan samun sepanjang tahun ini dalam tiga tangkapan berasingan.

Polis merampas peralatan pecah rumah dan samun, antaranya empat parang panjang, dua parang sederhana, sebilah pisau kecil, tiga pemutar skru, satu kuku kambing dan dua besi yang di-simpan dalam beg sandang.

Turut dijumpai satu topeng muka, sepasang sarung tangan, empat pita pelekat, kabel nylon serta sehelai jaket berwarna hitam yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.

Semua mereka ditahan sehingga 21 Disember depan manakala suspek tempatan direman sehingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

Sembilan Warga Vietnam Ditahan

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM