Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Empat Individu Rampas Dadah Dan Senapang Angin

Diterbitkan: 28 May 2015 11.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 28 Mei - Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita dan merampas dadah jenis heroin dan syabu dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Pasir di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-individu-rampas-dadah-dan-senapang-angin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT


Muar, 28 Mei - Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita dan merampas dadah jenis heroin dan syabu dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Pasir di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata polis juga turut menemui selaras senapang angin buatan sendiri di rumah itu dalam serbuan 5.15 petang 21 Mei lalu.

"Polis menemui dadah dipercayai syabu seberat 2.7 gram dan dadah disyaki heroin seberat 16 gram dalam serbuan itu dan selaras senapang angin buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.

"Ketika serbuan polis menahan tiga lelaki berumur 25, 30 dan 37 tahun serta seorang wanita berumur 21 tahun dalam keadaan khayal dan kesemua dadah yang dirampas itu bernilai lebih RM5,000," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya ujian air kencing mendapati keempat-empat suspek positif methamphetamine dan mereka dipercayai mengambil dadah sebelum serbuan itu.

Sementara itu, seorang peneroka maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 139.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan) berdekatan Pagoh, di sini malam tadi.

Azman berkata dalam kejadian 9.30 malam itu, Bachok Latamah, 68, yang berasal dari Felda Tunggal, Kota Tinggi maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.

Katanya kemalangan itu melibatkan dua kereta lain dan mangsa bersama seorang rakannya dalam perjalanan ke rumah mereka di Kota Tinggi dari Kuala Lumpur. Rakan mangsa tidak mengalami kecederaan.

"Proton Persona dipandu Bachok hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan kanan lebuh raya serta berpusing beberapa kali sebelum terhenti di tengah lebuh raya berkenaan sebelum dua kenderaan lain dari arah belakang iaitu kereta BMW dan Honda Civic tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 May 2015 11.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM