Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Dua Anggota Geng Shan Aktif Samun Kereta

Published: 18 Jun 2014 1.07 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuala Lumpur, 13 Sept - Polis menahan dua anggota 'Geng Shan' yang aktif menyamun kereta sejak dua tahun lepas di sekitar Lembah Klang, serta merampas pelbagai barangan termasuk empat buah kereta bern..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-anggota-geng-shan-aktif-samun-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:05 MYT

Kuala Lumpur, 13 Sept - Polis menahan dua anggota 'Geng Shan' yang aktif menyamun kereta sejak dua tahun lepas di sekitar Lembah Klang, serta merampas pelbagai barangan termasuk empat buah kereta bernilai RM400,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata lelaki berumur 21 dan 23 tahun itu ditahan di lokasi berasingan iaitu di Jalan Tun Sambanthan dan pekan Brickfields pada Selasa lepas.

Beliau berkata suspek pertama ditahan ketika polis mengekori kereta jenis Honda Civic dipandunya dalam keadaan mencurigakan, dari Jalan Klang Lama sehingga ke lorong belakang Jalan Tun Sambanthan, kira-kira 7.45 malam.

"Polis mengekori kereta tersebut kerana berdasarkan maklumat orang awam, kereta itu kerap melakukan jenayah langgar belakang dan samun kereta," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa jam kemudian, polis mengesan seorang lagi suspek sedang memandu sebuah kereta Honda Civic di Brickfields dan menahannya yang membawa kepada penemuan dua lagi kereta di sebuah kawasan parkir berdekatan.

Polis turut merampas beberapa telefon bimbit dan serangkai anak kunci kereta daripada suspek itu.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam 10 kes langgar belakang dan samun kereta di daerah ini dengan empat kes yang dapat dikenal pasti berlaku di Taman Sri Sentosa. 'Modus operandi kumpulan tersebut adalah berlegar-legar di sekitar kawasan itu dengan bersenjatakan pistol tiruan atau parang," katanya sambil menambah mangsa yang bersendirian dalam kereta menjadi sasaran utama.

Muhammad Azlee berkata polis masih mencari seorang lagi suspek dipercayai ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai "Shan" berumur 32 tahun.

"Kumpulan tersebut juga dipercayai cuba menyeludup kereta yang dicuri untuk dijual ke negara jiran," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.07 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM