Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 9 Orang Dipercayai Sindiket Proses Dan Edar Dadah

Published: 16 Jun 2014 12.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam serbuan itu polis merampas 15.18 kg heroin nombor tiga, 1.15 kg heroin nombor empat, 25 kg kafein, 940 biji pil eramin 5 serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses heroin..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-9-orang-dipercayai-sindiket-proses-dan-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:23 MYT

BATU PAHAT, 16 Ogos 2010 -- Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis heroin di Johor selepas menahan sembilan orang termasuk sepasang suami isteri dalam tiga serbuan di sini dan Muar Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata dalam serbuan pertama pihaknya menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah di Taman Sri Penggaram yang dipercayai turut menjadi makmal memproses dadah.

"Dalam serbuan itu polis merampas 15.18 kg heroin nombor tiga, 1.15 kg heroin nombor empat, 25 kg kafein, 940 biji pil eramin 5 serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses heroin," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini Isnin.

Susulan itu polis membuat dua lagi serbuan dan menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia di sini dan Muar, katanya.

Zulhasnan Najib berkata polis turut menemui 100 gram ketamin, 152 gram syabu dan 11.4 gram heroin ketika menahan ketujuh-tujuh lelaki berkenaan.

Hasil siasatan ke atas mereka membawa pihak polis ke sebuah rumah di Taman Indah, Muar yang didapati dijadikan stor simpanan dadah dan menemui 4.41 kg heroin nombor tiga, 109.58 kg kafein, 13 botol cecair kimia dan 12 botol serbuk eno.

"Kesemua heroin yang dirampas itu mencecah harga pasaran sehingga RM500,000. Polis turut menyita lima buah kereta termasuk Toyota Estima, Honda, Saab, Proton Iswara dan Wira serta dua buah motosikal.

"Turut disita adalah wang tunai Malaysia, Indonesia dan Singapura, tiga jam tangan berjenama, dua komputer riba serta sejumlah barangan kemas," katanya.

Kesemua yang ditahan itu berumur antara 22 dan 38 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM