Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Miliki Mercun

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis kemudiannya membuat pemeriksaan di rumah suspek di Taman Sri Inderapura, dekat sini dan menemui pelbagai jenis mercun yang disimpan dalam sebuah bilik rumah berkenaan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-miliki-mercun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:46 MYT
KUANTAN, 16 Ogos (Bernama) -- Polis Marin menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dianggar bernilai RM8,000, awal Isnin.

Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah 3 (Timur) ACP Mohd Saleh Mat Jani berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada pukul 2.15 pagi.

"Hasil pemeriksaan ke atas keretanya, polis menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api yang diletakkan di tempat menyimpan barang kereta itu.

"Hasil siasatan, polis kemudiannya membuat pemeriksaan di rumah suspek di Taman Sri Inderapura, dekat sini dan menemui pelbagai jenis mercun yang disimpan dalam sebuah bilik rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata mercun dan bunga api yang dirampas itu dipercayai untuk dipasarkan di bazar Ramadan sekitar Kuantan.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM