Polis Tahan Suamai Isteri Edar Dadah
ALOR
SETAR, 16 Ogos 2010 -- Polis Kedah menahan tiga orang termasuk sepasang
suami isteri dan merampas 648 gram dadah jenis heroin bernilai hampir
RM40,000 dalam dua operasi semalam.
Ketua
Polis Negeri, Dato' Syed Ismail Syed Azizan berkata dalam operasi
pertama polis menahan sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta
di persimpangan Jalan Kuala Kedah pada pukul 1.10 tengahari hasil
maklumat orang ramai.
"Polis
kemudian dibawa ke rumah suspek di Taman Juragan dan menemui satu
plastik beg hitam di bawah katil yang mengandungi dua plastik besar
lutsinar serta 36 plastik kecil berisi dadah disyaki heroin seberat
kira-kira 500 gram bernilai RM35,000," katanya kepada pemberita, pada
hari Isnin.
Beliau
berkata polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira, alat penimbang,
telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM7,750 daripada
suspek.
"Suami
berumur 28 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau pada 2005
membabitkan dadah, manakala isteri berumur 29 tahun tidak mempunyai
rekod kesalahan lampau," katanya.
Dalam
kes berasingan, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan ketika sedang
memandu di Jalan Bandar Darul Aman-Wang Tepus dan polis menemui 148 gram
dadah jenis heroin bernilai RM4,000 yang disorok di bahagian brek
tangan kereta tersebut.
Syed
Ismail berkata lelaki berasal dari Prai Jaya, Pulau Pinang yang bekerja
sebagai juruteknik komputer itu ditahan pada pukul 8 malam tadi.
"Selepas
suspek ditahan, bapanya yang berusia 50an telah mengatur perjumpaan
dengan pegawai narkotik di tol Sungai Lalang, Sungai Petani dan
menawarkan sogokan RM5,000 untuk melepaskan anaknya yang mempunyai rekod
kesalahan lampau membabitkan dadah pada 2008.
"Cubaan
itu gagal dan pegawai kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau
berkata pasangan suami isteri itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya 1952, manakala lelaki berkenaan mengikut Seksyen 39A(2).