Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 4 Orang Bantu Siasatan

Published: 13 Jun 2014 6.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selepas penahanan itu polis dibawa ke rumah salah seorang daripada mereka, seorang lelaki berusia 24 tahun dan menemui seutas jam tangan, barangan kemas iaitu gelang tangan, loket dan cincin emas yang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-4-orang-bantu-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:46 MYT

PULAU PINANG, 25 Mei 2010 -- Polis menahan empat orang termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bagi membantu siasatan satu kes pecah rumah di Jalan Selama di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kon Meng berkata, kesemua mereka yang berumur antara 17 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah bangsal kosong di Jalan Kota Giam di sini pada pukul 8.30 malam, dua hari lepas.

"Selepas penahanan itu polis dibawa ke rumah salah seorang daripada mereka, seorang lelaki berusia 24 tahun dan menemui seutas jam tangan, barangan kemas iaitu gelang tangan, loket dan cincin emas yang dipercayai barang rompakan," katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Polis kemudian dibawa ke rumah remaja perempuan terbabit dan menemui dua buah komputer riba dan dua buah kamera digital.

Gan berkata dalam kejadian Jumaat lepas seorang suri rumah membuat laporan mengatakan rumahnya dipecah masuk ketika dia sekeluarga keluar makan malam.

Antara barang yang dilaporkan hilang ialah barangan kemas, dua buah komputer riba, kamera digital, seutas jam tangan dan wang tunai matawang asing berjumlah 395 Euro (EUR1=RM4.12).

Kesemua mereka direman sehingga 26 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 6.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM