Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 39 Lelaki 1 Warga Emas Sedang Berjudi

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata semasa serbuan mereka yang berusia antara 25 hingga 70 tahun itu baru sahaja memulakan permainan judi cip (dadu) dalam premis kosong berkenaan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-39-lelaki-1-warga-emas-sedang-berjudi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:22 MYT

PULAU PINANG 2 Jun 2010 - Polis menahan 39 lelaki termasuk seorang warga emas yang sedang berjudi dalam sebuah kedai di Taman Desa Relau di sini kira-kira pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata semasa serbuan mereka yang berusia antara 25 hingga 70 tahun itu baru sahaja memulakan permainan judi cip (dadu) dalam premis kosong berkenaan.

Beliau berkata serbuan itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Timur Laut selepas melakukan intipan sejak tiga hari lepas.

Katanya ketika diserbu ada antara mereka yang cuba bersembunyi dalam belukar berhampiran premis itu, menyebabkan anggota polis juga terpaksa meredah kawasan belukar kira-kira sejam untuk mengepung mereka.

"Akibat meredah belukar salah seorang anggota polis yang terlibat dalam operasi berkenaan cedera di tangan dan menerima 10 jahitan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gan berkata polis merampas wang tunai RM160, dadu, cip dan meja perjudian dalam serbuan itu, dan menurutnya semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM