Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 30 Gro China

Published: 13 Jun 2014 5.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi tadi, seramai 30 wanita warganegara itu dan seorang lelaki tempatan ditahan di premis yang terletak di tingkat empat pusat beli-belah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-30-gro-china
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:00 MYT

PULAU PINANG 15 Mei 2010 - Walaupun sudah beberapa kali diserbu, sebuah premis karaoke di One Stop Midlands, Pulau Tikus di sini, masih tidak serik menawarkan perkhidmatan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dari China.

Terbaru, dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi tadi, seramai 30 wanita warganegara itu dan seorang lelaki tempatan ditahan di premis yang terletak di tingkat empat pusat beli-belah tersebut.

Semasa serbuan, wanita-wanita itu bertempiaran lari selain ada juga yang bersembunyi di siling premis terbabit, namun berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, siasatan awal menunjukkan semua wanita itu disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 3 Akta Imigresen dan Seksyen 39B Peraturan Imigresen.

"Penahanan GRO itu menunjukkan mereka yang terbabit tidak pernah serik dan masih berdegil.

"Kebanyakan serbuan adalah hasil maklumat awam, jadi jelas masyarakat tidak suka perkara ini berlaku," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut memberi peringatan bahawa polis akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha pusat hiburan yang masih berdegil mengambil GRO warga asing.

ArticlePublished 13 Jun 2014 5.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM