Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

8 Warga Afganistan Ditahan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 5.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
bot itu terserempak dengan bot PGM yang sedang menjalankan 'Ops Octopus' dan mereka berjaya diberkas selepas dikejar hampir 15 minit..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/8-warga-afganistan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:52 MYT
8 warga Afganistan ditahan
 
>

PELABUHAN KLANG 17 Mei 2010 - Sindiket penyeludupan warga asing yang dipercayai menjadikan negara ini sebagai transit untuk ke Australia terus menukar taktik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Jika sebelum ini, sindiket itu membawa warga asing terlibat secara beramai-ramai, kini mereka mengecilkan bilangan dengan menyeludup tidak lebih daripada 10 orang setiap kali melakukan penyeludupan.

Taktik terbaru itu dikesan berikutan penahanan lapan lelaki warga Afghanistan yang dalam perjalanan menaiki bot laju untuk diseludup ke Australia di perairan Selat Lumut berhampiran Pulau Indah di sini pukul 8.45 malam tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Norzaid Muhammad Said berkata, siasatan pihaknya mendapati, dengan bilangan yang kecil, kehadiran warga asing sukar disedari oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, warga asing ini biasanya datang ke Malaysia secara sah dan dibawa ke destinasi sementara di Lembah Klang menaiki van pelancong. Mereka kemudian akan menetap selama beberapa hari sebelum diseludup keluar ke Australia.

"Kumpulan kecil warga asing ini akan menyamar sebagai pelancong dan pada hari diseludup keluar, mereka akan dibawa menaiki bot seolah-olah untuk bersiar-siar.

"Biasanya kumpulan warga asing ini akan membuang atau memusnahkan pasport mereka sebelum masuk ke negara destinasi," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai tangkapan malam tadi, Norzaid berkata, rakyat Afghanistan berusia antara 20 hingga 45 tahun itu dipercayai datang ke negara ini sebagai pelancong sejak empat atau lima hari lalu.

Katanya, ketika ditahan, mereka dipercayai baru sahaja menaiki bot laju yang mempunyai dua enjin tidak sampai setengah jam untuk dihantar ke Dumai, Indonesia seterusnya menuju ke Australia.

"Bagaimanapun, bot itu terserempak dengan bot PGM yang sedang menjalankan 'Ops Octopus' dan mereka berjaya diberkas selepas dikejar hampir 15 minit.

"Sewaktu bot itu dipintas, seorang tekong dipercayai warga Indonesia terjun ke laut dan membiarkan bot laju itu berpusing-pusing tanpa kemudi selama beberapa minit.

"Mujurlah seorang warga Afghanistan itu tahu mengendalikan bot tersebut dan berjaya mengelaknya daripada berlanggar dengan bot Marin," katanya.

Tambah beliau, kesemua mereka yang ditahan didapati tidak membawa pasport masing-masing kerana telah dibuang atau dimusnahkan.

Katanya, mereka kini ditahan mengikut Seksyen 6 (3) (c) Akta Imigresen 1959/1963 dan dipercayai membayar RM3,500 seorang kepada sindiket penyeludup yang didalangi warga tempatan untuk dibawa ke Australia.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 5.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM