Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan 10 Anggota Sindiket Ah Long Di Sekitar Ibu Negar

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sejumlah besar dokumen seperti kad ATM, geran kenderaan, cek, salinan kad pengenalan, gambar-gambar (dipercayai milik peminjam) dan peralatan yang digunakan dalam menjalankan kegiatan 'Ah Long', diram..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-10-anggota-sindiket-ah-long-di-sekitar-ibu-negar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:05 MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Polis menahan 10 lelaki anggota sindiket Ah Long dan merampas wang tunai RM21,000 dalam satu operasi di sekitar ibu negara semalam.

Mereka yang ditahan dalam operasi "Vulture" oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bermula pukul 12.30 tengah hari di sebuah premis di Jalan Ipoh itu terdiri daripada rakyat tempatan berusia antara 29 hingga 40 tahun.

Sejumlah besar dokumen seperti kad ATM, geran kenderaan, cek, salinan kad pengenalan, gambar-gambar (dipercayai milik peminjam) dan peralatan yang digunakan dalam menjalankan kegiatan 'Ah Long', dirampas dalam operasi itu, kata kenyataan Polis Diraja Malaysia di sini Jumaat.

"Berdasarkan maklumat risikan yang diperolehi, sindiket ini didalangi seorang lelaki tempatan, yang dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat serta mampu memperoleh jumlah peminjam yang ramai di sekitar Lembah Klang.

"Penangkapan anggota sindiket ini dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes berkaitan 'Ah Long' yang bergerak aktif di sekitar ibu negara," kata kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai kes itu diminta menghubungi Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK ACP Rohaimi Md Isa di talian 03-26163872.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM