Artikel
50 Warga Asing Ditahan Di Daerah Ampang Jaya
50 Warga Asing Ditahan Di Daerah Ampang Jaya Seramai 50 warga asing ditahan di dua lokasi di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa iaitu di Sungai Sering dan Tama...
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi yang mengetuai Operasi Bersepadu Rantau kira-kira 2.30 pagi itu berkata operasi pemeriksaan ke atas warga asing tersebut dilakukan ekoran aduan penduduk berlakunya banyak kejadian samun dan pecah rumah di kawasan mereka.
Antara warga asing yang ditahan ialah dari Indonesia dan Nepal yang bekerja sebagai buruh dan tinggal di rumah kongsi dan kawasan tapak pembinaan.