Lelaki Pakistan Diculik Rakyat Senegara Diselamatkan Oleh Po
SHAH
ALAM, 20 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menyelamatkan seorang lelaki
warga negara Pakistan yang diculik pada 10 Jan, tiga hari selepas dia
tiba di Malaysia untuk menguruskan perniagaan di negara ini.
Ketua
Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mangsa berusia 24
tahun merupakan seorang anak ahli pernigaan dari Pakistan tiba di
Malaysia pada 7 Jan bersama bapa saudaranya dan menetap di sebuah rumah
di Bandar Baru Bangi.
Beliau
berkata pada hari kejadian, mangsa yang berada bersendirian, diculik
oleh tiga suspek yang memecah masuk ke rumah berkenaan.
"Kumpulan penculik terbabit meminta wang tebusan RM1.7 juta daripada keluarga mangsa.
"Namun
pihak polis berjaya menyelamatkan dan membebaskan mangsa dalam satu
serbuan di sebuah premis di Kajang semalam. Mangsa ditemui dalam keadaan
sihat," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Tun
Hisan berkata ekoran serbuan itu, polis menahan secara berasingan 10
lelaki warganegara Pakistan di beberapa lokasi seperti di Kajang,
Banting dan di Seremban.
Katanya
polis merampas sembilan telefon bimbit, lima pasport, dompet, lesen
memandu antarabangsa, sebuah kereta, motosikal dan wang tunai dari
kesemua suspek.
"Kesemua
yang ditahan berusia 26 hingga 41 tahun itu memiliki pasport dan
bekerja di negara ini secara sah. Kita masih menjalankan soal siasat,"
kata Tun Hisan.
Mereka ditahan reman sehingga 25 Jan ini dan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961.
"Polis
memandang serius kes membabitkan warga negara asing yang mempunyai
pasport sah dan bekerja namun pada masa yang sama terbabit dalam
aktiviti jenayah," kata Tun Hisan.