Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Skmm Siasat Dalang Hasut Bawa Keluar Sabah

Diterbitkan: 04 Sep 2014 1.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu - Polis Sabah menubuhkan pasukan khas bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan memburu individu yang menggerakkan usaha untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-skmm-siasat-dalang-hasut-bawa-keluar-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT
Polis Skmm Siasat Dalang Hasut Bawa Keluar Sabah

Kota Kinabalu - Polis Sabah menubuhkan pasukan khas bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan memburu individu yang menggerakkan usaha untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan itu termasuk terhadap individu yang mewujudkan kumpulan 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia1 (SSKM) di laman sosial yang dikatakan turut bergerak ke kawasan pedalaman negeri ini untuk menghasut rakyat. 

"Kita akan terus memantau kumpulan yang cuba menghasut serta meracuni fikiran rakyat untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia. Perkara ini serius kerana boleh menjejaskan keharmonian antara kaum di negeri ini, selain mengancam keselamatan pen-duduk di Sabah " katanya. 

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini semalam, Jalaluddin berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pengadu yang membuat laporan polis berhubung akaun Facebook berkenaan dan akan memanggil beberapa lagi saksi bagi mengenal pasti pemilik akaun 'SSKM' terbabit. Kelmarin, 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin, dilaporkan berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang cuba menyebarkan propaganda menghasut rakyat Sabah dengan mengeluarkan kenyataan untuk membawa negeri ini keluar dari Malaysia. Sabtu lalu.

Sumber: Akhbar Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2014 1.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM