Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Ditahan Terlibat Kes Dadah

Diterbitkan: 04 Sep 2014 1.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
EMPAT DITAHAN TERLIBAT KES DADAH Johor Bahru - Polls menahan empat individu disyaki terlibat kegiatan dadah, hujung Ogos lalu. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, polis pada mulanya menangkap seorang lelaki kira-kira jam 10.30 pagi, 28 Ogos lalu. Menurutnya, penahanan lelaki pertama membawa kepada penahanan dua lelaki lain dan seorang wanita. "Penahanan lelaki pertama, kita turut merampas se-pucuk
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ditahan-terlibat-kes-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:58 MYT

Empat Ditahan Terlibat Kes DadahEMPAT DITAHAN TERLIBAT KES DADAH

Johor Bahru - Polls menahan empat individu disyaki terlibat kegiatan dadah, hujung Ogos lalu. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, polis pada mulanya menangkap seorang lelaki kira-kira jam 10.30 pagi, 28 Ogos lalu. 

Menurutnya, penahanan lelaki pertama membawa kepada penahanan dua lelaki lain dan seorang wanita. 

"Penahanan lelaki pertama, kita turut merampas se-pucuk pistol jenis Smith & Wesson, sembilan butir pe-luru, sekeping Autopass,' topi keledar, telefon bimbit motosikal, kunci elektronik berlogo BMW dan sebuah kereta jenis BMW. 

"Serbuan susulan telah dibuat dan berjaya menahan dua lelaki dan satu wanita di beberapa lokasi sekitar Tampoi. Semua suspek berusia antara 30 hingga 54 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, di sini, semalam. 

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman. Ismail berkata, salah seorang suspek memiliki sembilan rekod kesalahan lampau iaitu melibatkan kes Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Katanya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh di-hukum penjara selama 14 ta-hun serta dikenakan sebatan tidak kurang daripada enam kali. 

Sumber: Akhbar Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2014 1.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM