Artikel
The Cops Ranapkan Impian Sime Darby Fc
Seremban: Kehebatan skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA begitu terserlah apabila membenam Sime Darby, 3-1, dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium...
'THE COPS' RANAPKAN IMPIAN SIME DARBY FC
Seremban: Kehebatan skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA begitu terserlah apabila membenam Sime Darby, 3-1, dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malarn tadi.
Keputusan itu sekali gus meranapkan impian Sime Darby untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir dalam merebut trofi berprestij itu musim ini.
Memulakan rentak perlawanan dengan penuh yakin, pemain PDRM sudah menguji benteng pelawat seawal minit pertama menerusi ayam tambatan mereka, Ashfaq Ali namun percubaannya dari luar kotak penalti tidak menepati sasaran.
Bagaimanapun, tuan rumah tersentak seketika menerusi serangan balas pelawat apabila mendapat sepakan penalti selepas Mateo Ruskam dijatuhkan yang kemudian menyudahkan dengan baik sepakan itu menewaskan penjaga gol PDRM, Mohd Helmi Eliza, untuk mendahului pada minit ke-7.
Ashfaq kemudian bijak memperdayakan bahagian benteng pelawat apabila menjaringkan gol penyamaan. pada minit ke-26 menerusi gerakan solo dengan menggelecek dua pertahanan Sime Darby sebelum menewaskan penjaga gol mereka, Mohd Redzuan Harun.
Ashfaq hampir menambah koleksi jaringannya apabila sepakannya pada minit ke-40, tepat ke dakapan Mohd Redzuan, sekali gus menamatkan separuh masa pertama berkedudukan seri 1-1.
Sebaik saingan bersambung, anak buah Azman Adnan terus berusaha melebarkan penguasaan dan jentera serangan mereka dilihat berfungsi dengan baik biarpun keputusan perlawanan itu tidak memberi sebarang kesan kepada kedudukan PDRM selaku pendahulu Kumpulan D.
Pemain gantian, Chad Charles Sauza membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan gol kedua PDRM pada minit ke-80 sekali gus mengukuhkan lagi cengkaman skuad berkenaan dalam Kumpulan D.
Sembilan minit kemudian, Bobby Gonzales mengukuhkan lagi cengkaman PDRM menerusi gol ketiga pada minit ke-89 selepas menanduk masuk bola hantaran lintang Sauza. Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga ke visel dan PDRM ceria dengan kemenangan meraih tiga mata berharga.
Sumber: Akhbar Berita Harian